Langkau lagi setapak kehadapan...
Tambah tahun usia aku lagi...
Masih begini.. Masih sendiri..
Namun bersyukur punyai harga diri, keluarga, masih dibuka pintu rezeki
Alhamdulillah
Eh... 2014 lah....
Tak perlu nak berazam kerana hari-hari kau mampu berazam
Cuma kau yang tak mampu kotakan
Hanya azam dimulut bukan pada hati
Bukan jua perbuatan
P/s (maafBukanSemuaOrgBegituTAHNIAhpdMerekaTercapaiAZAMny)
Eh... 2014 lah....
Aku sampai awal hari ini...
Kenapa?? Bukan atas alasan azam baru
Namun untuk mengelakkan kesesakan dan juga mengelakkan hari perTama pada Tahun Baru punch card MERAH... Hehe teruk perangai budak ni.... ^_^
Eh... 2014 lah....
Hanya berharap aku mampu tempuhi kehidupan ini dengan lebih kuat, cekal, tabah...
Moga aku akan mampu berdiri dikaki sendiri (BERDIKARI)
Kepada yang bakal mendirikan Masjid : Tahniah, moga kalian mampu tempuhi dugaan
Kepada yang baru mendirikan Masjid : selamat, moga kalian bersama-sama untuk kuat harungi badai yang bakal menyusul
Kepada yang akan terima Cahaya Cinta : semoga kalian bersiap sedia bersama benih cinta yang selama ini disemai dgn kasih sayang
Kepada yang baru terima Cahaya Cinta : jagalah Amanah dari Yang Esa, didiklah mereka dengan sebaiknya
Kepada yang masih sendiri, mencari : percayalah jodoh itu ada, cepat atau lambat bukan kerja kita. BERDOA semoga kita akan berjumpa..

No comments:
Post a Comment