Its Me

Its Me
Love me like u love urself

Wednesday, January 15, 2014

Kau Lupa.....

Kau lupa pada janji...
Aku mula terasa...
Katanya takut aku yang tinggalkan dia..
Katanya jua takut aku lupakan dia..
Tapi sebenarnya kau yang lupa..
Kau bahagia.. Kau bejaya.. Kau lupa janji kau..
Kau kata aku sentiasa dalam ingatan..
Tapi kau lupa...
Kata kau akan sentiasa hubungi aku...
Tapi kau lupa..
Kau kata aku boleh telefon kau bila-bila masa..
Tapi kau lupa..
Kata kau tak penah lupa aku... Sentiasa ada dalam hatiMu..
Tapi kau lupa..
Kau lupa pada janji kau..
Benarkan aku penah katakan dahulu..
Suatu hari nanti bila kau bahagia kau akan lupa siapa aku.. 
Kau akan lupa dimana aku..
Aku tahau tidak sekali kau akui tapi 
Kau tetap ku anggap lupa pada JANJI...
Bahagia kau besama-sama disana.. 
Jangan kau cari aku andai tiba masa kau teringat aku hanya kerana kau terbaca isi hatiku... 

Sayonara -_-

Sunday, January 12, 2014

Tips untuk si Pemborosss....

Eh... Blog lambat hupdate....
Ye.. Baru aku sedar yang aku pemalas.. Tapi idea melampuh..
Erk rasanya takkan ada yang baca.. Like.. Follow jadi... Hehehe  

Frezze... Lari tajuk 

Harini aku nak ajak kawan-kawan seangkatan yang seorang PEMBOROS tapi belajar nak menyimpan atau lebih sopan MENABUNG...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :- 

.
.
.
.
Yeaaa... Pandai TABUUUUNNGG... Owh maaf ni bukan politician tapi sebab dapat free... Dari biarkan sepah-sepah baik guna... Kemudian bahan seterusnya..... Ce teka ce teka... 

BETUUUULLLLLL..... mesti lah duit kan.... Tapi tak tahu la korang kalau-kalau ada cara lain... Hihihi

Dan akhir sekali... Rasanya ini paling penting!!! 

Tadaaaaa...

Kalendar serta highlight pen..... Supaya korang akan tanda setiap kali duit masuk..!! Pecaya la... Org mcm aku ni memang perlukan sesuatu utk dijadikan PEDOMAN kalau tak.. Xbejaya... Huhu

Cara-caranya adalah -:::-

Lipat duit korang ikut saiz lubang tabung.... Next
Masukkan duit dalam tabung... And akhir sekali...
Tanda pada tarikh yang korang berjaya masukkan...

Nasihat aku untuk belaku jujur... Kalau andai termiss hari contoh 1 hari jadi doublekan la nilainya supaya kita belajar untuk jujur pada diri kita terlebih dahulu sebelum nak buat jujur kat orang lain kan..
*nilai duit korang terpulang pada korang sendiri.. Korang belajar matematikkan.. Jadi kira la.. Macam aku ni yang mula-mula bejinak buat seHINGGIT sehari.. Tula dulu kecik-kecik mak ajar aku bantai korek pecahkan.. Ni dah besar tuli baru datang kesedaran...

Freezeee...

Apa yang aku coretkan ni pada asalnya mesti yang baca akan cakap "alamak aii pempuan ni, benda biasa kot.. Kene ke kau nak ajar" 
Hello kawan-kawanku.. Kita yang dah agak tua ni kadang-kadang pembelajaran yang macam ni lah kite kene belajar balik.. Bak kata orang Nismilan BACK TO BASIC.... Sebab kita lupa diri, kita ingat kita dah besar apa yang kita buat tu betul.. Tapi sebenarnya tidak.. Andai korang fikir balik sebenarnya ada pengajaran yang nak aku sampaikan tapi....

KORANG FIKIR LAH SENDIRI... ANDAI ADA ELOKNYA... SO.. JOM SHARE APA YANG KORANG BELAJAR LEPAS KORANG BACA....

Just leave your comment... Kita kongsi... 

Oh.. Terima kasih pada yang membaca.. Bye..

Sunday, January 5, 2014

No Title sebab takdak idea

Tiba-tiba macam suka pulak si mamat Eminem ni becakap...
Ada betulnya juga ye...
Dari dok menjaga hati orang hati sendiri sakit..
Kadang kala aku terlalu ingin didampingi oleh orang jadi aku korbankan hati aku.... Tapi tu DULU

Letih baq ang.....
Jadi.... La ni aku nak buat apa yang aku rasa aku BETUL, MAMPU without kompromi... ( sound like GANAZZZny) hahahaha.....

Jadi diri sendiri... Orang suka atau tak itu adalah aku...
Dari berlakon buat apa.. Depan lain..belakang teguling-guling...
Contoh paling senang....

Kau nak nampak cantik, sopan kau jalan kepit, tunduk... Ye betul itu la wanita... TAPI
Kalau dah kau tu memang jalan bersepah nak buat macam manakan... Janji kau masih WANITA..
Simplekan.. Aku bercakap atas apa yang aku rasa.. Apa yang aku nampak... 
Ini pandangan aku.. Terpulang terima atau tidak... Mudahkan 

Kesimpulannya : baca balik apa kata mamat tu... Kau akan faham dan kau jadi DIRI SENDIRI



Saturday, January 4, 2014

Biar gambar becerita....

Alhamdulillah punya adikAdik yang Gila.....


Sesungguhnya aku adalah manusia paling gembira bila bersama mereka...
Syukur... 

Thursday, January 2, 2014

Selamat Datang 2014

Eh... 2014 lah....
Langkau lagi setapak kehadapan...
Tambah tahun usia aku lagi...
Masih begini.. Masih sendiri..
Namun bersyukur punyai harga diri, keluarga, masih dibuka pintu rezeki
Alhamdulillah

Eh... 2014 lah....
Tak perlu nak berazam kerana hari-hari kau mampu berazam
Cuma kau yang tak mampu kotakan
Hanya azam dimulut bukan pada hati
Bukan jua perbuatan 
P/s (maafBukanSemuaOrgBegituTAHNIAhpdMerekaTercapaiAZAMny)

Eh... 2014 lah....
Aku sampai awal hari ini...
Kenapa?? Bukan atas alasan azam baru
Namun untuk mengelakkan kesesakan dan juga mengelakkan hari perTama pada Tahun Baru punch card MERAH... Hehe teruk perangai budak ni.... ^_^

Eh... 2014 lah....
Hanya berharap aku mampu tempuhi kehidupan ini dengan lebih kuat, cekal, tabah...
Moga aku akan mampu berdiri dikaki sendiri (BERDIKARI) 

Kepada yang bakal mendirikan Masjid : Tahniah, moga kalian mampu tempuhi dugaan
Kepada yang baru mendirikan Masjid : selamat, moga kalian bersama-sama untuk kuat harungi badai yang bakal menyusul
Kepada yang akan terima Cahaya Cinta : semoga kalian bersiap sedia bersama benih cinta yang selama ini disemai dgn kasih sayang
Kepada yang baru terima Cahaya Cinta : jagalah Amanah dari Yang Esa, didiklah mereka dengan sebaiknya
Kepada yang masih sendiri, mencari : percayalah jodoh itu ada, cepat atau lambat bukan kerja kita. BERDOA semoga kita akan berjumpa..



Tuesday, December 31, 2013

Dengar cakap OrgTua

Susah... 
Ditegur kita dimarah
Ditegur kita dimusuhi
Ditegur dia buat muka
Semuanya kerana kita sayang dia..
Kita tegur untuk kebaikan dia..
Kita tegur supaya dia berfikir..
Kita tegur supaya dia sedar yang dia kita sayang..

Wahai la adik
Sedar anda sedang diuji
Sedar anda sedang diperhatikan
Tidak semua yang kau buat itu betul
Tidak semua yang kau cakap itu benar
Kerana ada yang lebih dewasa dari kau
Ada yang lebih berusia dari kau
Ada yang lebih tua dari kau
Untuk kau jadikan sebagai panduan, pengajaran

Kesimpulannya

Dengar cakap orang tua... Hormat orang tua... Kadangkala mereka yang kolot tu juga ada baiknya


Monday, December 23, 2013

Aku nak melalut...

1-"Biar Tak Pandai Tapi...
jangan Memandai-mandai.."
Ertikata lain
Dah hengkau tak tau buat cara tak tau... Kalau ditanya, da memang ngaku diri tu batu so ngaku aje la kan.. Sebab bila hengkau kata hengkau tau sebenarnya hengkau sedang mencipta Masalah baru..

2-"Biar nakal asalkan jujur...
Jangan baik tapi Munafik.."
Ertikata lain
Kot hengkau bajet-bajet baik, elok tutur kata kononnya, ala-ala Alim gitu tapi sebenarnya hengkau pun mengata kat belakang.. Hengkau fitnah orang sebenarnya hengkau tu sama je dengan yang Nakal sbbnya biar nakal tapi ati baik jujur gitu....

3-"Biar beSederhana asalkan Tak Papa Kedana..
Biar tak Begaya janji Tak ada Yang meminta (utang-utaaaaang).."
Ertikata lain
Takyah la kalau orang yang lain mampu pakai beg LV hengkau taknak kalah nak juga.. Takperlu chek, cukup la kita sedar kemampuan kita, tak perlu hengkau nak nunjuk yang penting nuh HATI tu.. Kasi bersih baik, hengkau pakai beg Cap Ayam pun orang akan pandang dek sebab keperibadian hengkau.. Betul x....? 

Frezeeeee...

Motif aku.. Sebab nak tarik perhatian anda..anda..anda sume singgah kat blog ni... Hehe bukan setakat tarik tapi sebenarnya lebih kepada nak nanya "apa yang haku nulih ni adakah iya benar-benar belaku kat sekeliling kita..?" Berlakukan.. Just wanna to sharing sebab ini yang tejadi manusia masa kini.. Iaitu KITA... Tak sikit sipi-sipi pun ada... 

SETUJU....??? 

#maafPadaYangTerasa ^_^